Friday, January 21, 2011

rahsia bulan kelahiran kajian Dato dr Fadzilah Kamsah

  JANUARI
~Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
~Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
~Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
~Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
~Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
~Pandai mengambil hati orang lain.
~ Pendiam kecuali telah dirangsang.
~Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
~Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
~Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
~Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
~Cukup sayang pada kanak-kanak.
~Suka duduk di rumah.
 ~Setia pada segala-galanya.
 ~Perlu belajar kemahiran bersosial.
~Sifat cemburu yang sangat tinggi

  FEBRUARI
~Berfikiran abstrak. 
~Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
 ~Bijak dan pintar
~Berpewatakan yang mudah berubah.
~Mudah menawan orang lain.
 ~Agak pendiam.
 ~Pemalu dan rendah diri.
~Jujur dan setia pada segalanya.
 ~Keras hati untuk mencapai matlamat.
~Tidak suka dikongkong.
~Mudah memberontak apabila dikongkong.
~Suka kegiatan yang lasak.
~Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
~Mudah mempamerkan marahnya.
~Tidak suka benda yang remeh-temeh.
~Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
~Sangat berani dan suka memberontak.
 ~Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
~Pemerhatian yang tajam.
~Suka hiburan dan sukan.
 ~Suka benda yang bersifat seni.
~Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
~Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
~Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
~Belajar untuk mempamerkan emosi
  MAC
 ~Berpesonaliti menarik dan menawan.
~Mudah didampingi.
 ~Sangat pemalu dan pemendam rasa.
 ~Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
 ~Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
 ~Suka pada kedamaian.
~Sangat peka pada orang lain.
 ~Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
~Tidak cepat marah dan sangat amanah.
 ~Tahu membalas dan mengenang budi.
 ~Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
 ~Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
~Suka berangan-angan.
 ~Suka melancong.
 ~Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
 ~Kelam kabut dalam memilih pasangan.
 ~Suka dengan hiasan rumahtangga.
 ~Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
~Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
 ~Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan
 APRIL
 ~Sangat aktif dan dinamik.
 ~Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
 ~Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
 ~Punya daya mental yang sangat kuat.
~ Suka diberi perhatian.
 ~Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
~Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
 ~Sangat berani dan tiada perasaan takut.
~ Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
~ Emosi cepat terusik.
 ~Cuba kawal perasaan.
~ Kecenderungan bersifat pendendam.
 ~Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
~ Kuat daya ingatan.
 ~Gerak hati yang sangat kuat.
 ~Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
 ~Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
~ Sangat cemburu dan terlalu cemburu
  MEI
 -Keras hati & tegas.
-Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
 -Pemikiran yang tajam.
- Mudah marah apabila tidak dikawal.
-Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
- Perasaan yang amat mendalam.
- Cantik dari segi mental & fizikal.
-Tidak perlu dimotivasikan.
 -Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
- Mudah dipujuk.
- Bersikap sistematik (otak kiri).
 -Suka berangan.
- Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
-Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
-Daya khayalan yang tinggi.
- Permikiran yang tajam.
 -Pandai berdebat.
-Fizikal yang baik.
- Kelemahan sistem pernafasan.
-Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
 -Tidak berapa suka duduk di rumah.
-Tidak boleh duduk diam.
 -Tidak punya ramai anak.
 -Rajin dan bersemangat tinggi.
-Agak boros

JUN

-Berfikiran jauh & berwawasan.
- Mudah ditawan kerana sikap baik.
- Berperangai lemah lembut.
- Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
- Idea yang terlalu banyak di kepala.
- Bersikap sensitif.
- Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
- Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
- Bersikap suka menangguh-nangguh.
- Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
- Cepat marah & cepat sejuk.
- Suka bercakap & berdebat.
- Suka buat lawak & bergurau
-Otaknya cerdas berangan-angan.
- Mudah berkawan & pandai berkawan.
-Seorang yang sangat tertib.
- Pandai mempamerkan sikap.
- Mudah kecil hati.
- Mudah kena selsema.
- Suka berkemas.
- Cepat rasa bosan.
- Sikap terlalu memilih & cerewet.
- Kurang mempamerkan perasaan.
- Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
- Suka pada barang yang berjenama.
- Mudah menjadi eksekutif.
- Kedegilan yang tidak terkawal.
 -Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
  JULAI
- Sangat suka didamping.
 -Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
- Agak pendiam kecuali dirangsang.
- Ada harga dan maruah diri.
- Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
- Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
 -Sangat menjaga hati orang lain.
- Sangat peramah.
- Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
- Berjiwa sentimental.
- Jarang berdendam.
- Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
- Tidak suka benda remeh-temeh.
- Membimbing cara fizikal dan mental.
- Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
- Layanan yang serupa terhadap semua orang.
- Tinggi daya simpati.
- Pemerhatian yang tajam.
- Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
- Mudah dan rajin belajar.
-Suka muhasabah diri.
-Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
- Suka mendiamkan diri.
- Suka duduk di rumah.
- Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
- Tidak agresif kecuali terpaksa.
- Lemah dari segi kesihatan perut.
- Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
- Minta disayangi.
- Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
 -Terlalu mengambil berat.
- Rajin dalam membuat kerja
  OGOS
- Suka berlawak.
- Mudah tertawan padanya.
- Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
- Berani dan tidak tahu takut.
- Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
- Pandai memujuk orang lain.
- Terlalu pemurah & bersikap ego.
- Nilai harga diri yang sangat tinggi.
 -Dahagakan pujian.
- Semangat juang yang luar biasa.
 -Cepat marah & mudah mengamuk.
- Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
- Sangat cemburu.
- Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
 -Cepat berfikir.
 -Fikiran yang berdikari.
 -Suka memimpin & dipimpin.
- Sifat suka berangan.
- Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
- Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
- Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
-Belajar untuk bertenang.
- Sikap kelam kabut.
- Romantik, pengasih dan penyayang.
-Suka mencari kawan
  SEPTEMBER
 -Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
- Sangat cermat, teliti & teratur.
 -Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
- Pendiam tapi pandai bercakap.
 -Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
- Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
- Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
 -Sangat sensitif yang tidak diketahui.
 -Seorang yang banyak berfikir.
- Daya pentaakulan yang baik.
- Otak bijak & mudah belajar.
- Suka mencari maklumat.
- Kawal diri dari terlalu mengkritik.
- Pandai mendorong diri sendiri.
- Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
 -Suka sukan, hiburan & melancong.
- Kurang menunjukkan perasaannya.
 -Terluka hatinya sangat lama disimpan.
 -Terlalu memilih pasangan.
-Sukakan benda yang luas.
- Bersistematik
  OKTOBER
- Suka berbual.
- Suka orang yang sayang padanya.
- Suka ambil jln tengah.
- Sangat menawan & sopan santun.
- Kecantikan luar & dalam.
 -Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
-Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
- Sentiasa berkawan.
- Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
- Cepat marah.
- Macam pentingkan diri sendiri.
- Tidak menolong orang kecuali diminta.
- Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
- Tidak suka terima pandangan orang lain.
 -Emosi yang mudah terusik.
- Suka berangan & pandai bercakap.
- Emosi yang kelam kabut.
- Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
- Suka melancong, bidang sastera & seni.
- Pengasih, penyayang & lemah lembut.
- Romantik dalam percintaan.
-Mudah terusik hati & cemburu.
 -Ambil berat tentang orang lain.
- Suka kegiatan luar.
- Seorang yang adil.
 -Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
 -Mudah patah semangat
NOVEMBER
 -Banyak idea dalam perkara.
- Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
 -Berfikiran kehadapan.
 -Berfikiran unik dan bijak.
 -Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
 -Pemikiran yang tajam.
- Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
- Sesuai jadi seorang doktor.
- Cermat dan teliti.
 -Personaliti yang dinamik.
 -Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
 -Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
 Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
 -Terlalu degil dan keras hati.
 -Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
 -Tak suka marah kecuali digugat.
- Mudah ambil berat terhadap orang lain.
- Pandai muhasabah diri.
 -Cara berfikir yang lain dari orang lain.
 -Otak yang sangat tajam.
- Pandai mendorong diri sendiri.
 -Tidak hargai pujian.
- Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
 -Cuba sampai berjaya.
- Badan yang sasa.
- Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
-Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
 -Suka duduk d irumah.
 -Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
-Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
 -Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
- Bercita-cita tinggi.
- Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
  DISEMBER
- Sangat setia dan pemurah.
- Bersifat patriotik.
- Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
- Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
- Bercita-cita tinggi.
 -Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
- Seronok bila didampingi.
 -Suka bercampur dengan orang.
 -Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
 -Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
- Tidak pandai berpura-pura.
- Cepat marah.
 -Perangai yang mudah berubah-ubah.
- Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
- Benci pada kongkongan.
- Suka berlawak.
- Pandai buat lawak dan berfikiran logik
 Betul atau tidak, anda baca anda nilai diri sendiri!!!


No comments:

Post a Comment